Salam
Entry kali ni Ika nak share mengenai rahsia tarikh hari lahir kita..
jom2 check =D
 |
Mana satu korang ye?? |
Korang check tarikh korang dilahirkan je ye =)
No. 1(1 ,10 ,19 , 28 hb)
Cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cepat cemburu, baik hati & peramah. Ingin mendahului daalm apa jua keadaan. Seorang yang berdikari, berkeyakinan, & tak suka ade orang yang bertentangan dengan pendapat korang.Mudah menyimpan dendam. Seorang yang kuat belanja. Pada masa depan, seorang professional dalam kerjaya yang diceburi. Mempunyai keluarga bahagia.
Pasangan Ideal : No 4, 6, dan 8
No. 2 (2 ,11, 20 ,29 hb)
Anda disukai orang ramai. Anda suka bermimpi siang. kurang keyakinan diri. Sukar diramal.Seorang yang mementingkan diri sendiri.Mempunyai bakat dalam muzikal,seni & komunikasi lisan. Cinta akan keamanan. Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan Ideal : No.2, 5, 9
No.3 (3, 12, 21, 30 hb)
Seorang yang berhati keras, kuat agama, mementingkan diri sendiri, & suka untuk mempertingkatkan kehidupan. Sabar menghadapi dugaan. Pandai bercakap, cntik & mudah mendapat apa yang diinginkan.
Perlu bekerja keras untuk berjaya. Seorang yang menghormati orang tua. Sukar untuk jatuh cinta. Sukakan kebebasan.
Pasangan Ideal : No 6 dan 9
No.4 (4, 13, 22, 31 hb )
Seorang yang degil & rajin. Bertimbang rasa akan masalah orang lain. Berbakat dalam penyelidikan & seni.
Perlu berhati-hati dengan orang sekeliling yang mungkin akan mempergunakan korang. Seorang yang sabar & tegas.
Pasangan Ideal : 1 & 8
No.5 (5,14,23 hb )
Sangat popular dalam komuniti. Boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Mempunyai akal fikiran dalam perniagaan. Terlalu terburu-buru. Mudah memberi pertolongan kepada keluarga & kawan-kawan. Seornag yang tidak setia dalam percintaan. Suka kebebasan & perubahan. Mempunyai ciri-ciri seorang pengembara & ahli silap mata. Mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan Ideal : No. 1, 2 & 9
No.6 ( 6,15,24 hb )
Dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Tidak mempedulikan apa-apa perkara & hanya ingin berseronok dalam hidup saja. Pandai dalam pelajaran & pengurusann perniagaan. Seorang yang baik, paras rupa yang kacak atau cantik. Mengambil berat ke atas kawan2 & ahli keluarga. Seorang yang murah hati, peramah adil
Pasangan Ideal : 1, 3 & 9
No.7 (7,16, 25 hb )
Mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Seorang yang realistik, pandai dalam bidang pendidikan, muzik, seni & nyanyian.Mudah pans baran. Meletakkan keluarga di di tempat amata tinggi sehingga mengabaikan kebahagiaan diri sendiri
Pasangan Ideal : No.2
No.8 (8,17, 26 hb)
Kurang difahami orang lain. Hanya pandai menuding jari pada sesuatu benda. Mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.Tabah & kuat. Memperjuangkan keadilan. Banyak masa dihabiskan bersama-sama kawan. Seorang yang berdisiplin dalam hidup, tidak mudah putus asa. Seorang ahli keluarga & pejuang yang bagus Pasangan Ideal : No.1 & 4
No.9 (9,18 ,27 hb )
Seorang yang sangat tabah dari segi fizikal & mental. Mempunyai penilaian yang tajam.Seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Seorang yang boleh menerima cabaran & berjaya dalam apa jua yang anda buat. Apabila umur meningkat, anda seorang yang taat & menghormati mereka. Sesuai menceburi bidang kejuruteraan & perbankan. Merupakan model teladan kepada orang lain
Pasangan Ideal : No.3, 5, & 6
* Ika No 1 =) *