Showing posts with label Motivasi ♥. Show all posts
Showing posts with label Motivasi ♥. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

55 Amalan Sunnah RASULULLAH

Assalamualaikum hari ni nak share sunnah nabi kita iaitu Nabi Muhammad :)
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali 

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
:: Jom Beramal & ikut sunnah Rasullullah ::

Monday, 20 May 2013

Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Assalamualaikum
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.


b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam


c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha


d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Wednesday, 8 May 2013

Amalan sepanjang bulan Rejab


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
 .
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.

AMALAN MALAM REJAB.

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
.

MALAM 27 REJAB

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.
Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.
.

 AMALAN BULAN REJAB.

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih..
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
    1. diampunkan dosanya yang lalu.
    2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    3. terlepas dari dahaga di hari kiamat..
3. Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :
4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :

5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :
6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :


7. Berselawat : 

8. Beristighfar Pagi dan Petang :-

9.  Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya  11 kali setiap hari.

10.  Membaca Al-Quran.

11.  Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar  yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab



12.  Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
renung-renungkan & selamat beramal (^_^)
tutup buku lama buka buku baru 

Wednesday, 27 February 2013

siapa Fatih Seferagic ni?

Assalamualaikum
siapa Fatih Seferagic ni? kalau nak tahu siapa dia nih tengok video youtube ni :


Subhanallah, Masha Allah. indahnya suara beliau. tersentuh hati ni bila mendengar kelunakan suara Fatih Seferagic membaca ayat suci al-Quran ini. Inilah wajah beliau :




I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston, TX.

My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, TX as a student and a Qur'an Teacher.
kalau search dekat youtube banyak video mengaji beliau. tenang hati ini bila dengar suara dia mengaji :)


Saturday, 5 January 2013

Azamku Istiqamahku :')

Assalamualaikum
Sebak hati bila dah bertambah umur ika utk tahun 2013 ni :'(
lepas je hayati lagu ni, banyak maksud yang tersirat 


                                   Jauh melangkah meniti waktu berlalu

                               Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan


                                       Tanpa sedari dalam cermin wajah ini


                         Bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh

                                Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terangMu


                          Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmatMu


                                  Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa


                               Ampuni diri yang lelah, kadang sesatku melangkah

                                 Allah Kau Maha Cahaya, menerangi gelap jiwa


                              Allah Kau Maha Penguasa, padaNya hati berserah


                                                            :: Opick ::

Thursday, 31 May 2012

Kesalahan Muslimah dalam berhijab

Assalamualaikum
Jom kaum2 muslimah kita sama2 check
Yg mna ade kite sama2 baiki tau ^^
#1 Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)

#2 Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)

#3 Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)

#4 Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)

#5 Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)

#6 Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku

#7 Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)

#8 Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tunjuk perhiasan)

#9 Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)

#10 Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Monday, 28 May 2012

Kelebihan berkahwin ^_^

Assalamualaikum
Jom2 kita tengOk rahsia kahwin
Banyak pahala tau mempercepatkan sesuatu yang baik
ni yang rasa nak kahwin cepat ni ^_~
lalala~
haaa..tengok semua pahala kan =)
oh mama saya mau kawen 
ngee =D

Tuesday, 15 May 2012

Coming Soon

Assalamualaikum
Mintak maaf lama Ika tak update blog
Diri ni dibelenggu ngan quiz+test+projek
Memandangkan hanya tggl 19 hari utk Final

hope dear,doakan Ika ye ^^
trimas ^_^


Friday, 27 April 2012

9 Mimpi Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

Bersabda Rasullullah S.A.W: "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong ayat "

Sunday, 22 April 2012

15 pintu syaitan dalam diri kita

Assalamualaikum

15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita :

Sekadar Ingatan bersama ^^
  • pintu marah
  • cintakan dunia
  • Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  • Panjang angan-angan
  • Rakus
  • Bakhil
  • Suka pada pujian
  • Riak
  • Ujub (Merasa kagum)
  • Takut & Gelisah
  • Buruk sangka
  • Memandang rendah pada orang lain
  • Merasa suka pada dosa
  • Merasa aman daripada pembalasan Allah
  • Putus asa daripada rahmat Allah

Saturday, 21 April 2012

Putera Idaman =)

Assalamualaikum
Selamat pagi semua ^^
Khas untuk Kaum muslimah yang Ika sayangi 

Wahai Muslimah

 Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG...!

 Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu untuk MENGAJI
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI...!

 Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT
=>Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

 Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA
=>kerana di situ letaknya pintu SYURGA...!

Amin, doa banyak2 semoga kita dapat dipertemukan dengan putera Idaman kita =)



Friday, 20 April 2012

Nak solat pun susah ke?

Assalamualaikum semua
sebagai peringatan untuk diri Ika sendiri & my belOved friends ^^


So,jangan suke tangguh & tinggalkan solat tau!
hehe
renung-renungkan & selamat beramal =D

Wednesday, 18 April 2012

Banyak Ketawa Hati mati

Assalamualaikum
"Berkata Abu Laits"Banyak ketawa mengandungi 8 bahaya :

  1. Dicela ulama & orang soleh
  2. Orang kurang hormat padanya
  3. Orang bodoh bertambah bodoh, orang alim berkurangan ilmu
  4. Melupakan dosa yang telah dilakukan
  5. Melupai mati & akhirat
  6. Mengeras hati & berani buat dosa
  7. Menanggung dosa orang yang ketawa keranamu
  8. Menyebabkan banyak menangis di akhirat
Cukuplah sekadar senyuman menjadi sedekah ^^
SemOga menjadi pedOman dalam kita melayari kehidupan ^^
Insya-Allah
Renung-renungkan & selamat beramal =)


Friday, 6 April 2012

Kelebihan sOlat berjemaah

Assalamualaikum 
Selalu kita prefer sembahyang sendirian kan daripada berjemaah
tapi ape kata kita ubah sama-sama ^^

P/s : Ingat di mana ade kemahuan di situ ade jalan kan.yeay!

Wednesday, 4 April 2012

Bahana meninggalkan solat 5 waktu

Assalamualaikum
Korang entry kali ni Ika nak share
Antara bahana yang akan kita perolehi jika meninggalkan solat fardhu 5 waktu


Sumber : FacebOok
P/s : Sebagai Umat Islam yang sejati,jangan pernah sesekali ye meninggalkan solat fardhu ni
Tunaikan dengan penuh tawadhuk
oke, renung-renungkan & selamat beramal 

Tuesday, 3 April 2012

5 Perkara Pengubat Hati

Salam my dearest friends =)
antara 5 perkara pengubat hati :


P/s : Renung-renungkan & selamat beramal ^^

Saturday, 31 March 2012

10 Kebaikan mandi di awal pagi

Assalamualaikum ^^
Kali ni Ika nak share mengenai 10 kebaikan mandi di awal pagi
Untuk pengetahuan semua ni adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W kite tau

Antara kebaikannya :


Kulit lebih lembut & halus
Jika kita memiliki lingkaran gelap bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Ia juga dapat membuatkan rambut lebih sihat. Kuku juga menjadi lebih sihat, kuat & tak mudah retak. Kulit pula lebih lembut + halus

Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah kita lancar, maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat + bertenaga. So, tanpa rasa letih kita boleh lakukan aktiviti seharian.

Meningkatkan kesuburan
Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki & hormon estrogen untuk wanita

Mengurangkan risiko darah tinggi
Ini merupakn salah 1 cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. Jika diamalkan selalu, insya-Allah penyakit kita akan pulih.

Mengurangkan tekanan serta tenang
Setelah lama berbaring, air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah. Inilah cara terbaik untuk menghilangkan depresi. 

Meningkatkan sel darah putih
Daya tahan penyakit & tubuh badan boleh melawan virus apabila sel darah putih banyak. Oleh itu, anda tak mudah dijangkiti penyakit. Sains menyatakan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tinggi berbanding waktu lain. Gas ozon penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik & boleh kita menunaikan solat subuh di masjid ^^

Meningkatkan gula dalam darah
Kandungan 'al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. Al-Kartozon baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan & juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

Mencegah penyakit hati
Bangun awal pagi dapat mencegah daripada pentyakit hati

Membekalkan vitamin kepada tubuh badan
Tabiat mandi pada waktu subuh dapat membantu tubuh badan kita & sangat bagus untuk menjadikan badan lebih segar dan sihat.

Membekalkan tenaga 
Bangun awal pagi membantu dalam membekalkan tenaga dan mencergaskan tubuh badan kita

p/s : Jom sama2 kita ubah tabiat bangun tidur kita ^^




Sunday, 25 March 2012

10 golongan yang menzalimi diri sendiri

Selamat pagi semua
jOm entry kali ni Ika nak share ^^


p/s : Hope kite tak termasuk dalam golongan di atas ni
so, sayangilah diri masing2 ye ^^
renung-renungkan & selamat beramal



Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)