Showing posts with label Tips ♥. Show all posts
Showing posts with label Tips ♥. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Masker Bengkoang Mustika Ratu

Assalamualaikum
Tips untuk hari ni
jom bermasker!

apa yang perlu ada kiri : Masker bengkoang  kanan : Air Sari Mawar Putih

Oleskan di wajah dan biar selama 10 minit lalu dibersihkan.digunakan 2x seminggu.



dah pakai duk je diam2 dalam bilik jangan merayau-rayau O_o' huhu

Yang Ika sukaaa ^_^

Mudah untuk didapati
Kesan putih segera
harga murah 
tak mudah retak huuu

Agak-agak tak suka

boleh pakai 5/6 kali bancuhan je
sbb pasni hope pihak mustika ratu tambah kuantiti lgi :'(
Kesan

Alhamdulllillah, ika dah pakai ini lebih dari 4 tahun.dan masih setia pakai ini sebab masker Bengkoang Mustika ratu ini betul-betulberikan hasil yang memuaskan iaitu kulit cepat cerah
jom yg masih belum try..try la!!. 

Rating : 4/5


Bye!

Tuesday, 10 December 2013

Tips atasi kulit kering

Assalamualaikum
ok ika curi masa sekejap update blog
heee memandangkan ika nak pakai sjnis ramuan bru untuk lembapkan kulit kite

Nak ke kulit kering je, mesti tak nak kan? 
So nak kulit lembap je x?

Jom kite cuba xssah pun ^_^
tadaaa ini rahsianya :
tq Mr.Google *
tapi ika guna Madu ni hehe :) Madu Giant B

Kuantiti ikut saiz muka korang ok? n dh spu muka effect cm glow2 la hehe

Ok, bye. Selamat mencuba
P/S : better pakai waktu kite berjaga bukan waktu malam nak tido sebab takut kena hurung semut huhu
masa xksh bpe lme..
daa nak sambung buat kerja. Jumpa lagi ^_~

Monday, 9 September 2013

Tips cerahkan bibir yang gelap


1. Kita boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir. 

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah. 

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali. 

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap. 

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh. 

7. Sebelum membeli gincu, kita boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika kita merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh. 

8. Jika keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. 

9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu untuk mendapatkan kembali bibir yang cerah dan jelita. 


                                                                       Selamat mencuba!

Thursday, 13 June 2013

Skipping cara mudah bersenam ^^

Assalamualaikum


Korang suka bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skipping ni. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang kita fikirkan tau! 

hehe...

Kebaikan berskipping :

  • Dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.
  • Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.
  • Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.
  • Berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.
Tip ketika melakukan senaman menggunakan tali skip :)

* Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman.

* Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian.

* Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter.

* Sertakan muzik.

* Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat.

* Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.

* Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula.

* Lakukan aktiviti regangan menyejukkan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.


Monday, 11 March 2013

Menu Diet Sihat

Assalamualaikum
malam ni sebelum ika nak tido ni
Ika nak share menu diet sihat
& untuk pengetahuan semua mulai esok ika try utk diet :)
huhu

tadaaa!

jangan lupe minum banyak air suam, banyakkan pengambilan sayur & buah-buahan ^^
Sedapkan, fresh je ^^
so korg yg pernah amalkn diet,klu x kbrtn nk share ngn ika amat dialu- alukan :)
ok nite 
jgn lupe apply produk susu beras oke ^^
Set Trial (1 set)
RM20 ONLY!!!!
FREE POS

Monday, 30 July 2012

Kelebihan Solat Tarawikh =)

Assalamualaikum
lamanya tak mengupdate huhu
jOm kite semak kelebihan tarawikh ^^


Malam

Kelebihannya
1
Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2
Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4
Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6
Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8
Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10
Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20
Di beri pahala para syuhada dan salihen
21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan


25
Di hapuskan dari seksaan kubur.
26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.
 >>Renung-renungkan & selamat beramal 


Friday, 1 June 2012

Penyembuh rabun mata

Assalamualaikum
Tips menjaga kesihatan mata kita ^^



Monday, 28 May 2012

Tips untuk asas make up glow up & tahan lama

Assalamualaikum
- titiskan setitik atau sedikit Catalyst VCO Pure Oil / cucuk hujung VCO CAPSULE ke tapak tangan.

-picitkan foundation/ asas makeup anda dan blend kedua2 nya sehingga sekata(atas tapak tangan)

-Applykan ke seluruh wajah yang telah kering(selepas toner) menggunakan span(untuk sekata)

-Tunggu foundation/asas makeup anda kering dan makeup macam biasa <3

VCO CATALYST DATANG DALAM DUA BENTUK :
VCO SOFTGEL DAN VCO PURE OIL
(jangan pening pulak sebab dua2 ni sama harga cuma bentuk berlainan)
fungsi, kebaikan semua sama jangan risau ye.

HARGA? MURAH DAN SANGAT BERPATUTAN !!
RM 39.90 - SEMENANJUNG
RM 43.90 - SABAH & SARAWAK


Thursday, 3 May 2012

Rumah yang tidak dimasuki syaitan

Assalamualaikum

Nak tahu tak antara ciri-ciri rumah yang tidak dimasuki syaitan :

  • Rumah yang bersih
  • Penghuni yang membaca 'bismillah' ketika memasuki rumah
  • Sentiasa berzikir (ahli rumah menngerjakan solat)
  • Penghuninya jujur & memenuhi janji.
  • Penghuninya memakan makan yang halal & cara mendapatkan halal.
  • Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
  • Rumah yang penghuninya berbakti kepada ibu bapa

7 Amalan yang perlu dielakkan selepas makan

assalamualaikum
Antara 7 amalan yang tidak perlu kita amalkan selepas makan


JANGAN MEROKOK : Merokok sebatang rokok selepas makan lebih memberi peluang menghidap kanser lebih tinggi dari 10 batang rokok.

JANGAN MAKAN BUAH DENGAN KADAR YG CEPAT : Makan buah dengan cepat selepas makan akan menyebabkan perut kembung dengan udara. Justeru, ambil buah 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

JANGAN MINUM TEH : Daun teh mengandungi kandungan acid yang tinggi. Ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita ambil sukar dihadam.

JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG : Jika dilakukan selepas makan akan menyebabkan usus terhadang dan terbelit.

JANGAN MANDI : Akan menyebabkan kenaikan darah yang mengalir ke kaki, tangan, & badan. Ini menyebabkan jumlah darah di sekitar perut menurun, menyebabkan sistem percernaan mnjadi lemah.

JANGAN BERJALAN : Membuatkan sistem pencernaan tak sesuai untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil.

JANGAN SEGERA TIDUR : Makanan yang diambil tak akan dicernakan secara sempurna & boleh menyebabkan gastrik & ksn sampingan kepada perut kita.

Nak sihat tak??
Jom sama-sama amalkan ^^


Monday, 30 April 2012

Kelebihan berselawat ^^

Assalamualaikum



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3)Amalkan selawat 100 kali sehari, insya-Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki /wanita.

4) Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh paranabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya-Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita
menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23)Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat.


Friday, 27 April 2012

15 Senjata Menghalang Syaitan

Assalamualaikum


15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

- Banyakkan bezikir

- Banyakan Beristigfar

- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" 

-Jangan tidur berseorangan

- Baca doa pagi dan petang

- Bersugi

- Melaksanakan solat jemaah

- Berwudhuk sebelum tidur

- menutup aurat

- Membaca doa masuk tandas.

- Banyak berselawat pada hati

- Bertaubat, beristighfar

- Banyakan baca Al-Quran

- Membaca surah Yassin setiap pagi

Sunday, 22 April 2012

Tips kulit mudah menyerap BB Cream atau foundation =)

Assalamualaikum
Before nak kuar jalan2 or pegi shopping hujung minggu ni, luang lah masa half an hour utk blendkan sebiji TOMATO (jgn besar2) + 4 sudu besar YOGURT (apa2 yogurt boleh),.. then dah siap blend masukkan ke mangkuk kemudian titiskan sikiiiit je VCO PURE OIL CATALYST.. 

bila dah rata, sapukan ke seluruh muka kecuali mata ya,.. ^^ pastu relaks lah 20-30 minit then bilas tanpa sabun ^^ 
InsyaAllah kulit lebih moist n fresshh, mudah serap BB Cream atau foundation... 

Tawaran terhad hanya RM37 je!!


Petua tidur Nabi S.A.W

Assalamualaikum

Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas sekali. 
Ganjaran Allah utk yang amalkan sunnah sangat besar. 
Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat  manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur

7.Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


p/s : Insya-Allah jOm kita amal & sampaikan kepada kawan2 ^^ 



Saturday, 21 April 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum
Kawan2 semua entry last sebelum Ika pejam mata Ika ni ^^
Mengenai Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, ada 3 ayat je & diturunkan di Makkah & bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah & cantik.

Ditafsirkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian 2 org yg dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim & bapa saudaranya Abu Talib

Antara khasiat yang boleh kita amalkan :


  • Baca surah ini ketika hujan & berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
  • Ketika kehausan & tiada air, baca surah ini & gosok di leher, Insya-Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ni sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan jadi lembut & khusyuk ketika tunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya & terpenjara membacanya 71x kali, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Selamat malam ^^
renung-renungkan ye kawan-kawan & selamat beramal



Friday, 6 April 2012

Adab-adab menuntut ilmu

Assalamualaikum ^^
Antara adab-adab menuntut ilmu :


Jom fOllow ^^

Dilarang minum sambil berdiri o_O"

Assalamualaikum
Rasulullah s.a.w bersabda "Janganlah kamu minum sambil berdiri".


>> Dari segi kesihatan <<
Jika kita minum sambil berdiri, air yang kita minum akan masuk tanpa ditapis & terus menuju ke kandungan air kencing.
Terjadi penyakit kristal ginjal (susah kencing)


Rasulullah S.A.W sendiri mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.
Begitu juga, kita dilarang MAKAN BERDIRI apatah lagi sambil BERJALAN!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab
P/s : renung-renungkan & selamat beramal =)

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)