Thursday, 3 May 2012

7 Amalan yang perlu dielakkan selepas makan

assalamualaikum
Antara 7 amalan yang tidak perlu kita amalkan selepas makan


JANGAN MEROKOK : Merokok sebatang rokok selepas makan lebih memberi peluang menghidap kanser lebih tinggi dari 10 batang rokok.

JANGAN MAKAN BUAH DENGAN KADAR YG CEPAT : Makan buah dengan cepat selepas makan akan menyebabkan perut kembung dengan udara. Justeru, ambil buah 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

JANGAN MINUM TEH : Daun teh mengandungi kandungan acid yang tinggi. Ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita ambil sukar dihadam.

JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG : Jika dilakukan selepas makan akan menyebabkan usus terhadang dan terbelit.

JANGAN MANDI : Akan menyebabkan kenaikan darah yang mengalir ke kaki, tangan, & badan. Ini menyebabkan jumlah darah di sekitar perut menurun, menyebabkan sistem percernaan mnjadi lemah.

JANGAN BERJALAN : Membuatkan sistem pencernaan tak sesuai untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil.

JANGAN SEGERA TIDUR : Makanan yang diambil tak akan dicernakan secara sempurna & boleh menyebabkan gastrik & ksn sampingan kepada perut kita.

Nak sihat tak??
Jom sama-sama amalkan ^^


Wednesday, 2 May 2012

Majlis Pernikahan Rizal Ashram & Fasha Sandha

Assalamualaikum
hari ni Ika nk share gambar2 pernikahan Fasha Sandha yg berlangsung di Hotel Crown Plaza Mutiara
Cantikkan =)








Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu ^^
Kredit to photographer Josia Jusoh

Monday, 30 April 2012

Kelebihan berselawat ^^

Assalamualaikum



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3)Amalkan selawat 100 kali sehari, insya-Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki /wanita.

4) Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh paranabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya-Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita
menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23)Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat.


10 Kelebihan Kaabah dari segi saintifik

Assalamualaikum

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui

sebelum ini. =)


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan kepada sistem imun badan untuk  pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi =doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5.Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..
8. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.

Friday, 27 April 2012

Tutorials bawal ke selendang ^^

Assalamualaikum semua
alhamdullillah ade jgk masa utk Ika tunjukkan tutorial tudung bawal ke selendang
so, pasni xpyah duk membazir tak pakai tdg2 bawal yang kite dah ada
senang je, jOm ^^

maaf, kualiti gambar yg rendah, sbb guna kamera laptop je =_='
  1. Pilih bahagian mana yang korang suka & pinkan (Cam Ika, ika pilih bahagian yang banyak manik ^^). Pastikan bahagian kiri panjang dari kanan. Pinkn di bahagian paling hujung kanan.
  2. Bawa semua bahagian tudung kiri & kanan ke bahu. Pastikan bahagian dalam tudung lagi pendek dr bhgian luar :)
  3. Bawa semua ke bahagian belakang kepala & pinkan ^^
  4. Akhir sekali sematkan kerongsang di bahu
  5. Siap.
  6. Yeay, pasni tak sampai 5 minit pun kita boleh bersiap =)
Siap sedia untuk pergi ke kelas =D
Oke, selamat mencuba ^^

9 Mimpi Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

Bersabda Rasullullah S.A.W: "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong ayat "

15 Senjata Menghalang Syaitan

Assalamualaikum


15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

- Banyakkan bezikir

- Banyakan Beristigfar

- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" 

-Jangan tidur berseorangan

- Baca doa pagi dan petang

- Bersugi

- Melaksanakan solat jemaah

- Berwudhuk sebelum tidur

- menutup aurat

- Membaca doa masuk tandas.

- Banyak berselawat pada hati

- Bertaubat, beristighfar

- Banyakan baca Al-Quran

- Membaca surah Yassin setiap pagi

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)