Wednesday, 18 January 2012

Persiapan ke KDSI Lumut

Salam semua =)

Bermula 30/01/12 hingga 10/02/12, Ika akan menghadiri kursus bakal pegawai Pasukan Simpanan TLDM di KD Sultan Idris 1, Lumut. Kursus yang bakal di hadiri ni adalah satu syarat untuk ditauliahkan sebagai Pegawai Simpanan TLDM.

Perasaan dup..dap..dup..dap.bakal menguji mental & fizikal Ika. Cuti sem kali ni hanye sempat selama lebih kurang 2 minggu je..apekan daya *Sedia Berkorban!!*

Perlu menyiapkan 100% persiapan seperti pakaian renang, kasut kawad, baju Delta & banyak lagi aksesori untuk ke Lumut.
Apa yang duk bermain di kepala sekarang ialah macam mana kursus pasukan ketenteraan ni? hrmmm....dah tentu tak sama dengan kursus2 lain.

Entry kali ni, Ika nk share dr slh stu blog yg Ika bace, pengalaman di KDSI :

"Suasana sekitar pintu masuk dari arah bandar lumut begitu tenang & mendamaikan jiwa walaupun kami semua tahu, kursus yang bakal kami ikuti iaitu kursus bakal pegawai PSSTLDM, boleh dikatakan begitu memerlukan persediaan mental & fizikal yang kuat sebelum memasuki pintu pagar KDSI 1. Untuk makluman, KDSI sebelum ni adalah kolej tentera laut.

Rutin kami di sana, pukul 5 pagi sudah siap sedia di padang kawad untuk mengikuti EMA iaitu "every morning activity." Selama 1 jam kami di ajar cara bersenam, berlari yang kebiasaannya 2.4km, & pelbagai aktiviti sukan lain. Pada sebelah pagi dari 7.30 pagi hingga 2 petang, kami mengikuti kelas teori seperti persenjataan, navigasi, kapal, dan asas dalam TLDM. Memang menyeronokkan kerana banyak perkara yang boleh belajar & ilmu baru yang boleh di timba di sini. Sebelah petang pula bermula 3.30 petang di kala panas terik, kami berlari 'Base round, 2.4km, wall climbing, bersukan, berenang. Memang menyeronokkan.

Dari segi pegawai di KDSI 1, memang mereka begitu professional, kemas & disiplin mereka "tip top' & sentiasa dalam keadaan siap sedia walaupun ada yang bertugas 24 jam. 
Antara lain yang boleh dikongsi bersama semasa berada di sana adalah kebersihan tandas, dalam tandas di sana boleh di buat tempat makan, kering, wangi & sedikit kotoran pun tiada.Ini kerana kebersihan bagi navy begitu dititikberatkan di kem kerana mereka akan aplikasi ke atas kapal pulak..."



:: Gewd Luck ::



2 comments:

Rin Saharina said...

woww,coolnyee jdik pegawai simpanan TLDM :) gud luck :)

Araa Eiykin said...

pelapes tntera udara xda ke sis..

Post a Comment

time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)