Monday, 23 April 2012

Cara mandi wajib yang betul & sah

Assalamualaikum

Mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. 
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.“Sahaja aku mengangkat hadas besar/ mandi wajib kerana Allah Taala.”

  • Dalam hati 
  • Disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
  • Niat itu jika dilambatkan / memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
  • Memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya
  • Berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. 
  • Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
  • Najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

  • Meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat
  • Jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.

Sebab seseorang itu perlu mandi wajib :
  • Bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. 
  • Keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan :

  • air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.



1 comment:

Unknown said...

info berguna untuk semua...thanx for sharing...

Post a Comment

time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)