Monday 20 May 2013

Kelebihan Solat Sunat Dhuha


Assalamualaikum
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.


b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam


c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha


d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Saturday 18 May 2013

Pasar Pagi Pekan Sari ♥

Assalamualaikum korang :)

Yang pernah ke tempat ini berkata
"Nak cari pakaian murah pergilah ke sana"
"Nak shopping tudung murah, jom "
"Macam-macam fesyen tudung ada"
"Murah...murah daripada Nilai"
"Orang jauh,dari KL pun datang sini"
'Nak tengok orang Kampuchea berniaga,pergi sana"

kehausan kerana panas mentari =_='
Oh yeay pagi Sabtu, Ika ke sana. 
Sana? Mana? Pekan Sari Pekan dikenali juga sebagai Pasar Mengkasar
Setelah melihat sendiri, rambang mata dibuatnya. Kawasannya luas. 

Pok Cik aiskrim pun pakai payung..tengok betapa panasnyee T_T
Deretan Jubah yang tak dapat mata nak pandang
(rasa nak beli je semua!!)
Lagi Jubah gorgeous :)

Satu kawasan khas menjual pakaian dan perhiasan diri. Antara barangan yang dijual ialah baju pelbagai fesyen, telekong pelbagai sulam, kain ela pelbagai corak dan jenis (yang telah siap dipotong), kain pasang (untuk baju kurung), kain batik pelbagai jenama, kain pelekat pelbagai tekstur. tudung ekpress.Pilih saje. Harga murah pula tu. Boleh tawar lagi! Ada yang 'offer' RM15 untuk 2 helai. Oleh kerana harganya murah,selain penduduk tempatan, ramai peniaga-peniaga pasar malam dari kawsan lain turut membeli pakaian khasnya tudung di sini secara borong. 
Tengok kan Ika dah tergoda :P
Dengar pula percakapan penjual, dengar janggal aje sebutan BM nya. Dah pasti peniaga Kampuchea. 
memang byk la baju2 di jual di situ.. boleh beli ngn kuantiti sikit or kuantiti borong.. dah macam kat Bandung 
dah suasana nye.. heee.. harga nya pon boleh tahan jgk.. xmahal juge xterlalu murah.. 
so, kpd org2 kuantan yg still tak  pernah pergi sini pakat2 mai Pasar Tani / Pasar Borong Pekan.. 
mmg tak rugi..(gigit jari beb)
pergi sekali sure lepas ni mmg gile utk pergi
taraa percaya try datang dulu
macam nak dtg je lagi hehe
yeay dapat 2 tribal + 2 bawal crown
(jangan JEALOUS ^_^)

Muka puas bershopping ;)
yess.. akhirnya berjaya
menahan nafsu RM50 terbang utk ari ni.. heheh.. kalau da namanya perempuan pelik je rasa tangan kosong tak beli 0_0'
Psss : Doakan Blogshoppe ika berkembang ye, & Insya-Allah ika nak jual selendang & tudung yang lebih up-to-date sesuai untuk digayakan muslimah masa kini :)

Sunday 12 May 2013

Tahniah Lynda Roslan ♥

Assalamualaikum
alhmdullillah akhirnya model yang dulu pernah menjadi model Radiusite selamat bergelar isteri kepada Aizul marcello

sweet sangat sama cantik & sama padan


semoga hubungan akak & abg berkekalan hingga akhir hayat ^^


cantiknye akak!
jealousnye khwn awl huhu~
Sumber : FB LYNDA ROSLAN

Wednesday 8 May 2013

Amalan sepanjang bulan Rejab


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
 .
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.

AMALAN MALAM REJAB.

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
.

MALAM 27 REJAB

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.
Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.
.

 AMALAN BULAN REJAB.

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih..
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
    1. diampunkan dosanya yang lalu.
    2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    3. terlepas dari dahaga di hari kiamat..
3. Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :
4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :

5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :
6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :


7. Berselawat : 

8. Beristighfar Pagi dan Petang :-

9.  Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya  11 kali setiap hari.

10.  Membaca Al-Quran.

11.  Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar  yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab



12.  Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
renung-renungkan & selamat beramal (^_^)
tutup buku lama buka buku baru 

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)