Wednesday 30 November 2011

Masukkan lagu dalam bLog

Salam mOrning yOu guys
Jom kite mulakan pagi ni dengan senyuman =)
tengOk comelnye ^_^
Entry kali ni Ika nak ajar cara nak msukkan lagu2 favourite korang
tanpa loading2 n lancar je
k, meyh sni ikut step cik Ika ni ye ;)

  • Mula2korang klik kt sini >FREE MUSIC CODE <
  • Bile nk Klik korang leyh search lagu2 kegemaran korang =)
  • Pilih & try dengar dulu
  • Kalau sedap halwa telinga yOu guys,so tanpa segan2 COPY coded yg ade & paste kt bLog
          Steps nak PASTE code lagu dalam blog
  • P kat Dashboard blog masing2
  • Klik Design
  • Tambahkan Add Gadget kt mana2 ruangan (cam Ika Prefer last column blog Ika)
  • Choose Add HTML
  • & paste code lagu yg korang dh pilih td & save
  • yeay! siap sudah 
>>Blog korang t dah ade lagu,so ngan entry2 korg yg best,blogger pun terhibur tau masuk blog korang ^_~


Tuesday 29 November 2011

Sedia Berkorban!


ROTU Navy UMP
Intake 1 2010/2011
Now,Pegawai Kadet Kanan
Insya-Allah bakal Leftenan Muda masa tahun ke3
Sedia berkorban!



Superb baby Girl!

Salam
Alhamdullillah my first sis selamat melahirkan bby girl yg cOmel melalui operation jam 7pg td di Hospital Besar Melaka ^_^ & mak Ika ckp cm ade iras muke Ika kecik2 ehem2 huhu =) Masih mencari nama yg sesuai..u guys ade cadangn?


"A baby is a sunshine & moonbeams & more brightening your world as never before.."
:: Lots of LOVE ::

Kebaikan Royal Jelly !n_n!

Salam
bersambung ngan entry Ika yg before ni now,Ika nak share mengenai Kebaikan & khasiat2 Royal Jelly ke atas kulit kite ^_^'

  • Sesuai utk semua permukaan kulit merangkumi kulit kering, sensitif, berminyak & berjerawat
  • Membaiki tekstur & ton kulit, menenangkan & mengurangkan garis-garis halus
  • Melembapkan kulit & kulit menjadi lebih lembut.
  • Amat baik utk merawat kult wajah
  • Menghentikan pertumbuhan bakteria pada kulit
>>Jom same2 try product ROYAL JELLY ni ^_^ banyak khasiatnya!
Alhamdullillah, kulit muka kelihatan lebih bercahaya & kurang bintik2 hitam di muka ^_^



New Product ^_^

Salam semua
hari ni Ika nak share mengenai produk yang ika tengah guna ni iaitu OCTARD SKIN CARE
Korang pernah dgr x?Ika bru je start seminggu yg lepas..produk ni originally from Japan  
So,Insya-allah Ika yakin mengenai product ni sebab semuanya 100% berasaskan semulajadi =)
Ika nak describe more details about my new skin care products :
Royal toning water (Mild Lotion)
"Caring effects to feel freshly"
Cover Face (Foundations)
"Coverage to apply spots, blemish &  dull  faces"
..Fragrance-free..
Royal Wash
(Weak Acidity Cleanser)

"Wash off smoothly after foaming richly"


Royal night Cream (oily cream)
"Give full & richly on the face after use"
                                  
Moisture 2 Foundation with sponge puff
(without absorbed water)

"Not use with water,Smooth applying face with
sponge puff,moisturizing formula of Squalane"

Royal Milk 
(weak acidity milk)
"Keep moisturizing to the skin tightly"

                   Jadi,sape2 yang berminat & dah lame cari product ni,leyh la inbox Ika coz I'm of the one of dealer of this product =) jgn segan2 ye..100% made on Japan & ade UV protection jgk ^_^



Friday 25 November 2011

Magical :)

Macam-macam boleh buat sekarang ni,hehe dengan sekali edit je dh leyh 'Looking FantastiC' cmni ;)
yuhuu....cmne agaknye muka Ika klu di edit cmni via 3D..awesOme! ^_^


Thursday 24 November 2011

Rahsia & Amalan Hari Jumaat

Salam semua =)
Esok dah Jumaat.So,entry Ika kali ni mengenai rahsia & amalan yang kita sma2 patut amalkan. Semoga sedikit sebanyak bagi kita 'manfaat' amin...

  • Hari Jumaat hari orang Mukmin
  • Membaca Yassin pada malam jumaat
  • Sesiapa berdoa Allah akan memakbulkan doanya,
  • Pakai pakaian bersih.
  • Banyakkan bertasbih & memohon keampunan.
  • Mandi sebelum subuh.
  • Digalakkan memakai pakaian putih.
  • Memakai wangi-wangian
  • Memotong rambut, kumis & kuku.
  • Bersegeralah ke masjid & memenuhi saf hadapan.
  • Solat tahiyatul majid
  • Paling Afdhal solat 4 rakaat dengan membaca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 50x.
:: Renung-renungkan & selamat beramal ::



Time Is Fast Now

Assalamualaikum..
Hello readers, Time is gOing sOooO fast rite nOw =_='
Ika baru je check my exam schedule for my first semester in 2nd year studying in Electrical (ElectrOnic) Engineering.


I'm feel very nervOus now because I'm do not yet doing 100% preparations for my final ='(
hOpe yOu guys can pray fOr me oke :)?
thank darling muahhhhh

My "suka-duka" friends in 1st & 2nd years ^_^

We rOck ;)


Sekadar Renungan Bersama

Salam Semua
Jika tanda-tanda berikut telah muncul, Beringatlah kamu & berjaga-jagalah kalian...

  • Kemunculan Imam Mahdi
  • Kemunculan Dajjal
  • Kemunculan Keturunan Hazrat Isa (AS)
  • Kemunculan Yajooj dan Majooj
  • Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  • Pintu pengampunan akan ditutup
  • Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar-benarnya
  • Kelam kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat kiamat lainnya.
  • Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan.
  • Pemusnahan Kaabah
  • Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  • Sangkakala akan ditiup pertama kalinya, maka binatang2 & orang kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
  • Tiupan sangkakala yang kedua kalinya, akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka...dan Matahari akan mendekatkan diriNya ke bumi.
>>Nabi Muhammad SAW telah bersabda : "Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"...



Keputusan Bola Sepak Malaysia VS Syria

Assalamualaikum
:: Skuad Harimau Muda Malaysia ::
Semalam 23/11/11 Malaysia Vs Syria dalam perlawanan kedua pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2010, Nampaknya kemenangan Skuad Harimau Muda gagal diteruskan apabila tewas di tangan Syria 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Sebelum ni, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu,Fukuoka.Jepun telah menewaskan Bahrain 2-0 semalam.Perlawanan itu disaksikan oleh kira-kira 20,000 penyokong & amat sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit ke2 melepasi gawang gol.
Ahmad Fakri & Wan Zack Haikal Wan Noor bergandingan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Skuad Helang Merah (Syria).
Wan Zack Haikal pada hujung babak pertama, hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun tersasar cubaannya.
Pada minit ke 50, selepas separuh masa pertama, Solaiman Skuad Syria menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.
So, Harimau Muda kembali susun serangan bgi mencari gol penyamaan.
Syria membuat lagi serangan melalui Nassouh Nakkdahli pada minit ke 88.
Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya selamatkan cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.
Wira Malaya ^_^
ape mOtif letak pic ni?haha =D

:: Ahad ni,Skuad harimau muda akan bertemu Bahrain,jOm kite same2 doakan ye =)

Nota Kaki : Pemain Skuad Olimpik Malaysia malam tadi agak mengecewakan, namun pujian harus diberi kepada penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) apabila banyak menyelamatkan percubaan tepat pemain Syria. Hmmm, aksi longlai malam tadi mungkin atas faktor keletihan.aigooo =_='
Aja-aja FIGHTING!!!!


Bithday Wishes~

assalamualaikum..yeay hari ni 24 November 2011 bermaksud hari ni pagi2 lagi Ika dah wat entry khas untuk anak buah tersayang Cik Nur Aina Saliha yang menyambut hari jadi yang ke 6 tahun..
Amboi bergaya sakan kalah maksu dye ni =_='
Bergaya je cm maksu dye.haha =D
aina sudah besar! smpai dah 2x convo ni.hehe ^_~
Konvo time tadika & pra-sekOlah
>> Pesanan Ikhlas : sygku Aina study mOlek2 ye jge dri & mamamu hehe muahhhhh =)

SyukurLah!

Sebelum kita melabuhkan punggung di tilam katil kite yang empuk, jOm kite sama-sama muhasabah diri...
Alhamdullillah,segala puji-pujian bagi ALLAH, Tuhan Pencipta alam :)


Letak Signature bawah setiap entry

Salam =)
malam ni atas permintaan ramai, Ika nk share ngn korang tutorial nak letak tandatangan kat bahagian bawah setiap entry Ika tu, oke? ika tunjukkan cara2 macam mana nak buat
Ikut je step di bawah ni :)
Cara Pertama

1.Klik link ni > Klik sini <
2.Ade 4 cara, korang pilih yang "using the signature creation wizard"
3. Masukkan nama korang kat texfield yang ade kat situ.Then, klik button " Next Step."
4.Korang decide font yang korang suke.Klik " Next Step"
5. Pilih signature yang korang nak. Then, klik ' Next Step".
6.Pilih background color untuk signature korg.Klik "Next Step"
7.Decide plak slope yang korang suka..Klik button "Next Step".
8.Lepas tu "Finished"The Signature is ready."mksdnye dah siap. Then, klik pada link "Want to use this signature?'
9.Korang akan ke page "Generating signatur code".Klik pada "Generate HTML code".
10.Yeay,leyh copy HTML code yg dalam textbOx 

Cara-cara nak pasangkan signature masuk ke dalam blog

1. Log in > Setting > Formatting
2. Scroll ke bawah sampai korang jumpa "post template"
3.Paste HTML Code yang you guys copy tadi.
4.Klik " Save settings "
5.Untuk lihat sama ada korang ni berjaya atau tak,klik pada "posting" tab & klik pada "new post". Signature korang akan autOmatik ada apabila anda membuat entry baru pada bLog, ok :) hehe

Wednesday 23 November 2011

Mood:terharunye saya

Salam semua =)
entry kli ni Ika nk share psl message kt FB ika..
jeng2 korang nk tau ke,Ika dilamar oleh Chicscouture Enterprise Boutique ;)
terharu je rase sebab sebelum ni pape contest ika yg suka2 ati join tp kli ni kak Jannah invite plak..hehe nk tau pe msj yg Ika dpt :
So,Ika dh sent dah beberapa keping gambar yg santai2 je..if ade rzki ade la Insya-allah
hmm..sebelum terlupa spe2 nak jOin sempat g :
Syarat-syaratnye =)

P/s :bak kata orang, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan chewaah n_n


Cantiknye ^_^

Salam semua =)
yeay..Jom kite same2 stalker ranking artis wanita yg cantik + comel bertudung =D
1.Heliza Helmi
Bagi Ika Heliza Helmi perfect tau! my Idol =)
sopan + sweet je
2.Norjuma Habib
Ayunye n_n
3.Fasha Sandha
Manis sungguh kn!
Kak FashA nmpk sweet sgt tau bertudung =)
4.Nora Danish
Seriously nampak mature + cute sgt ngn kulit putih kemerah-merahan
5.Dato' Siti Nurhaliza
Siti memang ayu bertudung litup cmni,hmmm nape ea prlu tdung sekerat2 je
6.Izara
jumpe sekeping gamber Izara di album FB dye..cute kan =D
7.Rozita Che Wan
Rozita sangat cantik bertudung
Look natural beauty je ^_~
8.Ayu Raudhah
Mse ni penampilan ayu sme cm rozita
cantek!
9.Fazura
Manis kak Fazura,kekalkan akak mesti cantik =)
10.Tiz Zaqyah
Pelakon Utama NUR KASIH..Comel je bertudung =)
11. Fauziah Gous
Kak Gee cantik,brtudung lagi brtmbh cantik ^_^
12. Neelofa
Cantik lorh n_n

Tau x,sebenarnye seorang perempuan ni jika bertudung, semuanye nampak cantik dan sempurna.
Tapi,Isu sekarang ni ade isu wanita bertudung hanya untuk berfesyen semata-mata..Tak mau cenggitu tau =O
tak salah wanita muslimah nak berfesyen tapi jangan fesyen yg keterlaluan ye
maksudnya tutup rambut tp nampak pgkal leher & terbaru ade cam bonggol Unta kt kepala
itu HARAM tau..
ingat my dear ladies, wat sesuatu biarla nawaitu "Kerana Allah S.W.T"
& bukan untuk cari publisiti murahan..
p/s : Mintak mmaf tau klu sape2 ade terasa Ika bukan bermksud nk perli sape2 just nak baiki diri kita sme2..hmm Ika pun x sempurna jugak tp Insya-Allah Ika cube baiki amin~
:: Jumpe lagi ^_^ ::
Sentiasa bersyukur tau dengan semua ZatNya~


Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)