Wednesday 25 September 2013

Adam danFiza Elite bakal nikah 26 September 2013

Assalamualaikum
Pagi ni ika ada baca berita mengenai artis negara kita
Wahh, teruja rasanya
Sumber : Yahoo :)


24 Sep- Penyanyi kacak Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon dan juga penyanyi bekas kumpulan Elite iaitu Fiza pada khamis ini.
Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, walaupun mereka masih baru berkenalan iaitu pada Ramadan lalu, namun Adam menyatakan pintu hatinya terbuka luas untuk menerima Fiza dalam hidupnya.
"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, InsyAallah.," Ujar Adam kepada Berita Harian.
Sementara itu, Fiza berkata, perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang singkat ini berlaku atas ketentuan Tuhan.
Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, dan dikurniakan dua cahaya mata, namun telah bercerai pada 4 November 2010.


Mungkin ini semua dah ketetapan Allah s.w.t
So, sebagai peminat sme2 doakan jodoh diorg berkekalan Ok??
*Cantik sekarang akak Fiza bertudung XD

Tuesday 24 September 2013

Tiada Lagi Rahsia :)

Assalamualaikum

Tiada Rahsia Lagi
Alhamdullillah :')

Hanya mengamalkan VCO softgel + Collagen Catalyst
& produk Wonderglow Gold Series + Serum
Dirasakan bagai "Dilahirkan semula"
Pasti tidak menyesal & amat sesuai utk laki & perempuan
Untuk lebih details & info PM ika 
0123870439


Kelebihan Serum Wonderglow :)

Bagi permulaan, Ika gunakan SET WONDERGLOW SILVER 
& now utk upgrade ika pakai SET WONDERGLOW GOLD
memang THE BEST!!!


Untuk kecantikan dalam Ika makan VCO softgel & Collagen Catalyst :)



Insya-Allah kite sama2 cantik & glow luar & dalam (^_^)


Monday 23 September 2013

My Favourite Aidijuma Collection :)

Assalamualaikum
mata tak boleh lelap isk2 :'(
so nak share dari AIDIJUMA COLLECTION :)
design yang tengah menjadi kegilaan ika 
opsss rasa bukan ika je kegilaan ramai kn ^_^



Pengsan jap cantiknyeeee :)





Melting~



oyeahhh
cantikkan!
sape peminat aidijuma laju2 angkat tangan
yeay give me five ^^

& that's me wearing polkadot aidijuma ^_~


Monday 9 September 2013

Tips cerahkan bibir yang gelap


1. Kita boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali dan mengembalikan kelembutan bibir. 

2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 

3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah. 

4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali. 

5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap. 

6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh. 

7. Sebelum membeli gincu, kita boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika kita merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh. 

8. Jika keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. 

9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu untuk mendapatkan kembali bibir yang cerah dan jelita. 


                                                                       Selamat mencuba!

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)