Sunday 13 January 2013

Soal Jawab sabun susu beras 3 in 1

Assalamualaikum

korang TANYA ika JAWAB

S :Jika saya menggunakan Sabun Susu Beras tanpa Krim Susu Beras, berapa lamakah kita boleh lihat kesannya?

J :Kesannya bergantung dengan individu itu sendiri, kadang2 boleh nampak kesan paling cepat 3 hari, seminggu atau 2 minggu…

S:Saya baru mencuba sabun susu beras.Bila menggunakan sabun susu beras muka terasa pedih dan perit?

J:Permulaan penggunaan sabun susu beras bagi mereka yang mengalami masalah resdung pada muka,muka akan terasa pedih.Jangan risau kerana ia adalah kesan permulaan bagi mereka yang ada resdung.Selepas seminggu akan ok..

S :Saya baru sahaja menggunakan sabun ini dalam 3 hari,jerawat cepat kering tapi masalah sekarang jerawat kecil2 pula keluar.Kenapa?adakah ini mmg kesan permulaan sahaja?

J :Selalunya masalah ni ada yang menghadapi dan ada yg tidak.Maksudnya bergantung pada setiap individu itu sendiri.Tetapi biasanya kesan permulaan memang macam tu untuk sesetengah individu yang mempunyai masalah resdung atau masalah dalaman.Tapi jangan risau ia tengah membantu mengeluarkan dan mengatasi masalah kulit anda.Teruskan sahaja penggunaan, ia akan hilang sendiri.

S : Setelah menggunakan sabun and krim,kulit kelihatan lebih cerah tetapi jerawat pula mula timbul.Saya memang menghadapi masalah resdung, adakah ini kesan permulaan sahaja?

J : Kalau anda mempunyai masalah resdung,ya memang itu kesan permulaan nya.Anda memang ada masalah di bahagian kulit.Tapi jangan risau ia sedang membantu mengeluarkan resdung atau masalah yang anda hadapi, yg anda sedar mahupun tidak sedar.Teruskan sahaja penggunaan dan ia akan hilang sendiri.

S :Saya baru sahaja mencuba sabun susu beras ni.Tetapi masalah yang saya hadapi setelah menggunakannya dalam masa seminggu, kulit muka saya menjadi kering dan sedikit mengelupas.Adakah ia tidak sesuai dgn kulit muka saya ?

J : Sebenarnya kesan permulaan untuk setiap individu adalah tidak sama.Bergantung kepada masalah yang di hadapi oleh setiap individu itu.Kesan tindakbalas kering dan mengelupas itu adalah sel kulit mati yang tebal.Sila basahkan tuala dan gosok dgn PERLAHAN di tempat yang mengelupas. Selamat Mencuba.

S : Krim susu beras ni boleh boleh dijadikan Night Cream ke?Kena cuci dulu ke sebelum tidur?

J  : Krim Susu Beras ni adalah untuk krim siang dan malam.Boleh guna dan pakai sewaktu tidur.

S : Kalau pakai sabun je tanpa pakai krim boleh ke?Boleh tak kalau pakai sabun susu beras ni,tapi pakai krim produk lain?ada effect tak?

J : Sebenarnya boleh gunakan sabun sahaja, tetapi untuk kesan yang lebih baik, disarankan gunakan sabun bersama krimnya sekali.Penggunaan yang bercampur sebenarnya tiada masalah, cuma bila kita pakai berlainan produk, kita takkan tahu yang mana satu akan memberi kesan kepada kulit kita. Disyorkan cuba dulu guna sabun dan krim ini dalam masa sebulan, insyaallah akan nampak kesannya nanti.

Ika dah cuba :)
anda bila lagi ^^
muka semakin flawless alhamdullilaah :D

Friday 11 January 2013

Testimonial Sabun susu beras 3 in 1

Assalamualaikum :)
ok hari ni nak bebel skit je,nak share rahsia kecantikan akak ika ^^
muka yg lcin & flawless ^^
ramai tgur tau especially customer dia memandangkan akak ika keje di bank so memang hari-hari menghadap customer :)
tadaaa~
                       sebelum menggunakan susu beras 3 in 1 kulit muka banyak bintik hitam & hanya 3 hari penggunaan alhamdullillah kesan makin pudar tu belum 1bulan tau...
so,kesan jangka panjang :)
tahun 2012

 tahun 2013

so ape tunggu lagi jom order :)
**Sabun susu beras 3 in 1 lebih super whitening dari sabun susu beras biasa :)
nak lebih info baca entri ni :
Sabun Susu beras 3 in 1


Sabun susu beras mutiara 3 in 1 Thailand (Super Whitening Soap)

Assalamualaikum

Sabun susu beras mutiara 3 in 1 Thailand, Super Whitening Soap atau sabun pemutih ini mempunyai fungsi untuk mencerahkan dan memutihkan kulit wajah/ badan lebih dari sabun susu beras biasa.



100% ORI dari susu beras dengan aroma wangi susu yang harum, lembut dan dengan busa yang sangat halus dan dapat menjadikan kulit lebih putih cerah, cantik dan bersih.

Sabun Beras Mutiara 3 in 1 ini berbeza dengan sabun beras Thailand biasa, karana sabun ini memiliki ukuran yang lebih besar dan lebih berat, dan ianya dapat memutihkan kulit lebih cepat dan lebih maksimum.

Sabun beras susu 3 in 1 merupakan pengembangan formula dari sabun beras biasa dengan tambahan madu dan mutiara, khasiat 2 kali ganda whitening, 2 kali ganda melembabkan, sehingga hasil tampak lebih cepat.

Susu, madu dan mutiara merupakan perpaduan yang sangat bagus untuk kecantikan dan kesehatan kulit.
Madu digunakan oleh Cleopatra agar kulit halus dan bersinar.
Serbuk Mutiara digunakan oleh permaisuri kerajaan China hingga turun temurun agar kulit tampak putih alami.

Fungsi :
Sangat bagus untuk membersihkan daki-daki pada bahagian kulit yang sering terlindung seperti:

♥ Bahagian ketiak.
Bahagian siku & lutut.
♥ Bahagian tengkuk & celah paha.

Kelebihan sabun beras susu :

♥ Produk kecantikan dari bahan yang 100% semulajadi.
♥ tiada mengandung bahan kimia.
♥ produk ORIGINAL dari thailand.
♥ membersihkan dan mencerahkan kulit.
♥ menghilangkan bintik-bintik hitam.
♥ menghaluskan kulit.
♥ membuat kulit lembab dan berseri2.
♥ berfungsi untuk menjadikan kulit lebih halus, bebas kotoran, dan lebih kenyal.
menghilangkan bekas jerawat dan juga pertumbuhan jerawat.
Berfungsi menanggalkan bekas make up pada wajah.
Berfungsi mencerahkan ketiak hitam, celah-celah paha dan lutut, serta siku hitam.
Sangat selesa untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan kulit sensitif.
Dapat digunakan untuk kulit wajah dan tubuh.
turut dapat menghilangkan BB alias dan juga menghilangkan Bau Badan yang tidak disenangi.
  
Cara Pemakaian :

Gunakan seperti biasa ketika mandi.
Biarkan selama 3 minit.
Bilas hingga bersih.

Made in Thailand
Netto : 960gr/PaCK

1 ketul RM5 S/M
1 ketul RM7 S/S
(tidak termasuk pos)
PM ME 2 ORDER @For any enquiry..
Email : ikasma9107@yahoo.com
Tel : 0123870439 (ika)



Thursday 10 January 2013

Pre-Launch Chentahati Blogshoppe for 2013 :)

Assalamualaikum
alhamdulillah hari ni ika baru mengemaskini my own blogshoppe :)
tadaaa~
new banner ^^
:: lebih funky & mesra pengguna :: 
untuk cover photo bertemakan muslimah yang sweet 
:: simply, beauty , & healthy ::
3 aspek yang amat dititikberatkan 
Jom tggu apa lagi
mai shopping di CHENTAHATI BLOGSHOPPE 
banyak pilihan & harga jauh lebih murah :)

Monday 7 January 2013

Ribut Tropika Sonamu diramal melanda Malaysia

Assalamualaikum



Ini adalah ramalan ribut tropika Sonamu akan Melanda Malaysia. Menurut satu kenyataan dari pihak NASA, ribut sonamu akan melanda bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di bahagian Laut China Selatan. Berdasarkan laporan terkini Jabatan Metereologi Malaysia, negeri yang terdekat dengan impak bencana tersebut adalah kawasan timur laut Dungun Terengganu. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penduduk tidak digalakkan berada di persisiran pantai mahupun di laut mulai 8 Januari 2013 ini.

Jabatan Metereologi Malaysia juga menjangkakan hujan lebat akan bermula pada 8 Januari bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Di Filipina, ribut tropika Sonomu telah menyebabkan kehilangan nyawa dan 500 kehilangan tempat tinggal.
Laporan Terkini Jabatan Meteorologi Malaysia Pada 7 Januari 2013


>>Semoga kita dijauhkan dari bencana alam ni
amin~





Anugerah Juara Lagu 2013

Assalamualaikum

Keputusan AJL 2013 Anugerah Juara Lagu 27 dan senarai pemenang. Kepada peminat diluar sana, sekarang ni sedang hangat berlangsungnya AJL 27 Di stadium Putra Bukit Jalil. Sebanyak 12 lagu akan bertanding pada malam ini di medan AJL dan kira-kira ribuan hadirin yang sedang menyaksikan anugerah ni di Stadium tersebut. Nampaknya AJL kali ini diadakan dengan begitu meriah dari yang sebelumnya. Berikut adalah keputusan penuh AJL 27.

Senarai 12 Lagu Bertanding Pada Malam AJL 27
1. Bedroom Sanctuary – Lagu
2. Black feat. RJ – Teman Pengganti
3. Shila Amzah – Patah Seribu
4. Azlan ATT – Idola
5. Stacy – Pelangi Senja
6. Hafiz & Adira – Ombak Rindu
7. Amir Jahari – Tanpamu
8. Hafiz – Ku Akui
9. Aizat Amdan – Terukir Di Bintang
10. MOJO – Andai Ku Bercinta Lagi
11. Hazama feat. Amy Search – Simetri
12. Jimmy Palikat feat. One Nation Emcee – Anak Kampung

Keputusan Anugerah Juara Lagu 2013 (AJL 27)
Persembahan Terbaik: Black feat. RJ – Teman Pengganti
Vokal Terbaik: Hafiz – Ku Akui
Lagu Tempat Ketiga AJL 27: Hafiz – Ku Akui
Naib Juara: Azlan ATT – Idola
Tempat Pertama: Aizat Amdan – Terukir Di Bintang

Saturday 5 January 2013

Azamku Istiqamahku :')

Assalamualaikum
Sebak hati bila dah bertambah umur ika utk tahun 2013 ni :'(
lepas je hayati lagu ni, banyak maksud yang tersirat 


                                   Jauh melangkah meniti waktu berlalu

                               Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan


                                       Tanpa sedari dalam cermin wajah ini


                         Bertambah umurku dalam hidup yang semakin merapuh

                                Allah bukalah hatiku, bimbing di jalan terangMu


                          Selamatkanlah jiwa yang gelap dalam cahaya rahmatMu


                                  Allah Kau Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa


                               Ampuni diri yang lelah, kadang sesatku melangkah

                                 Allah Kau Maha Cahaya, menerangi gelap jiwa


                              Allah Kau Maha Penguasa, padaNya hati berserah


                                                            :: Opick ::

Thursday 3 January 2013

Tiada had harga telefon pintar

Assalamualaikum

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.


so, yang berkenaan bolehla daftarkn diri di sini >> DAFTAR PELAJAR<<
^^ Ika dah daftar, korang bila lagi :)

Artikel Penuh: 


Wednesday 2 January 2013

Muka tanpa make up :)

Assalamualaikum
Ramai kawan-kawan ika tnye
'Mesti lama asma siap kan, sebab kena touch-up2 dulu, asma mesti tak boleh idop tanpa make up kan?'

Muka tanpa make-up memang selekeh tapi nak buat macam mana, memang dah tak natural beauty.

sape kata ika setiap msa make up
so tahun 2013,memang nk kurangkan make up
so starting from semalam 1 Januari 2013
tadaaa~
amek kau huhu mmg xmake up pun..
bibir yg pucat,eye bag setimbun =_=
Alhamdullillah selalu la bersyukur

Ika tak kisah pon kalau korang nak kata, alah bukan lawa sangat pon ika tu without make up. Ika siyes takde hal nak tunjuk gambar ika yang 'biasa-biasa' kat korang. Sebab kalau ika upload suma gambar ika yang cun2, korang akan set in mind yang ika seorang yang lawa nak mampos kan. huhu..Kang bila ko terjumpa ika kat memane ke, and find out yang ika tak secantik dalam gambar, konfem kena kutuk. Betol? So, ni Ika yang sebenar macam mana. Tak kesah la cantik ke tak. I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah kita ni nak judge orang tu cantik atau tak kan.

p/s: Dalam hidup ni kite kena korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Nak ilmu, tak sempat nak pakai cantik-cantik. Nak cantik sentiasa, takde masa nak kejar ilmu pulak. Nak pandai kena study lebih, tapi eyebag setimbun. Taknak eyebag setimbun kena tidur banyak, tapi tak pandai. Nampak tak? Itulah kehidupan =) Peduli kata orang, yang penting kita tau keutamaan kita apa.




Welcome 2013

Assalamualaikum
-Sumber dr Mr.Google- ^^
hari ni 1 Januari 2013, welcome 2013
Alhamdullilah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ni :)
Semoga tahun 2013 memberi lebih keceriaan & kebahagiaan kepada kita
~amin~


Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)