Thursday 24 November 2011

Keputusan Bola Sepak Malaysia VS Syria

Assalamualaikum
:: Skuad Harimau Muda Malaysia ::
Semalam 23/11/11 Malaysia Vs Syria dalam perlawanan kedua pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2010, Nampaknya kemenangan Skuad Harimau Muda gagal diteruskan apabila tewas di tangan Syria 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Sebelum ni, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu,Fukuoka.Jepun telah menewaskan Bahrain 2-0 semalam.Perlawanan itu disaksikan oleh kira-kira 20,000 penyokong & amat sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit ke2 melepasi gawang gol.
Ahmad Fakri & Wan Zack Haikal Wan Noor bergandingan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Skuad Helang Merah (Syria).
Wan Zack Haikal pada hujung babak pertama, hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun tersasar cubaannya.
Pada minit ke 50, selepas separuh masa pertama, Solaiman Skuad Syria menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.
So, Harimau Muda kembali susun serangan bgi mencari gol penyamaan.
Syria membuat lagi serangan melalui Nassouh Nakkdahli pada minit ke 88.
Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya selamatkan cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.
Wira Malaya ^_^
ape mOtif letak pic ni?haha =D

:: Ahad ni,Skuad harimau muda akan bertemu Bahrain,jOm kite same2 doakan ye =)

Nota Kaki : Pemain Skuad Olimpik Malaysia malam tadi agak mengecewakan, namun pujian harus diberi kepada penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) apabila banyak menyelamatkan percubaan tepat pemain Syria. Hmmm, aksi longlai malam tadi mungkin atas faktor keletihan.aigooo =_='
Aja-aja FIGHTING!!!!


No comments:

Post a Comment

time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)