Wednesday 29 February 2012

Ohh Lynas =(

Salam
lama Ika x update blog
entry kali ni mngenai isu yang hangat jgk di Gebeng, Pahang ni
mengenai kilang nadir bumi Lynas =_='
al-maklumlah Ika kan pelajar di Pekan, Pahang.

Nadir bumi
  • Dilombong di Mount Weld
  • Mengandungi beberapa mineral utama iaitu Monazite(bahan radioaktif)
  • Monazite kaya dengan bahan radioaktif yang tinggi & boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nukleur.
         Berikut adalah kes-kes berkait rapat dengan Thorium :
  • Syarikat Mitsubishi Chemical yg terlibat dalam industri memprosesan nadir bumi merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia & 7 kes kematian. Telah ditutup pada 1992 & kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ni (hampir 20 thun) & menelan blnja lebih 300 juta.
  • Kebocoran bahan asid, kimia & sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian & kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut, & rambut beruban di awal usia 20-an. Kematian disebabkan juga direkodkan
  • Di china, kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun berkemungkinan mempunyai IQ lebih rendah berbanding yang tinggal jauh dengan kawasan pemprosesan nadir bumi ini.
     Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang ( Kuantan & Kemaman khususnya)
  • Nilai hartanah merundum kerana tiada siapa mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan & Kemaman.
  • Ancaman kerugian yang besar jika berlaku insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan(Cherating) & perikanan(Kuantan) kemungkinan besar terjejas.
So, Ika berpendapat pihak kerajaan haruslah mengkaji baik buruk pembinaan loji ni supaya tak beri kesan ke atas rakyat Malaysia. Untuk kebaikan kita bersama "Hentikan Lynas"

p/s : Tepuk dada tanya selera!


No comments:

Post a Comment

time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)