Thursday 13 June 2013

Skipping cara mudah bersenam ^^

Assalamualaikum


Korang suka bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skipping ni. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang kita fikirkan tau! 

hehe...

Kebaikan berskipping :

  • Dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.
  • Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.
  • Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.
  • Berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.
Tip ketika melakukan senaman menggunakan tali skip :)

* Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman.

* Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian.

* Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter.

* Sertakan muzik.

* Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat.

* Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.

* Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula.

* Lakukan aktiviti regangan menyejukkan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.


No comments:

Post a Comment

time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)