2. Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
3. Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
4. Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sehingga bibir cerah kembali.
5. Kurangkan merokok. Perokok tegar memang sudah arif yang bibir yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
6. Hadkan daripada mengambil minuman kopi dan teh. Ia memang akan menggelapkan bibir anda jika terlebih minum kopi dan teh.
7. Sebelum membeli gincu, kita boleh buat 'patch test' dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika kita merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir. Paling penting adalah jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
8. Jika keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir dari sinar UV. Ini kerana pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir.
9. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Diharap dengan tips ini dapat membantu untuk mendapatkan kembali bibir yang cerah dan jelita.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D