Sunday, 22 April 2012

15 pintu syaitan dalam diri kita

Assalamualaikum

15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita :

Sekadar Ingatan bersama ^^
  • pintu marah
  • cintakan dunia
  • Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  • Panjang angan-angan
  • Rakus
  • Bakhil
  • Suka pada pujian
  • Riak
  • Ujub (Merasa kagum)
  • Takut & Gelisah
  • Buruk sangka
  • Memandang rendah pada orang lain
  • Merasa suka pada dosa
  • Merasa aman daripada pembalasan Allah
  • Putus asa daripada rahmat Allah

Rahsia Cantik dengan solat ^^

Assalamualaikum
Nak tau rahsia cantik dengan hanya menjaga solat kite je tau!
^^
Jom amalkan =)
Pasti muka berseri-seri kan

Saturday, 21 April 2012

Alat pembersih wajah

Assalamualaikum
Kali ni Ika nak share satu benda yang Ika gne semasa mencuci muka
tadaaa~


Alat pembersih wajah
Berkesan membersihkan wajah secara efektif
Tanpa bahan kimia atau kesan sampingan
Diperbuat dr silicon yang lembut

Ika prefer gunakan alat ni sebab muka Ika senang berminyak
So, amat digalakkan di Bahagian T Zone utk mengurangkan minyak
klu korang berminat
Ika leyh blikan 

Harga : RM10 setiap satu ^^

Rahsia Alam Roh

Assalamualaikum


Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju ketujuh tempat" 

  1. Roh para Nabi & utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para Ulama menuju ke Syurga Firdaus
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para Shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  5. Roh para Mukmin yang Berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi & tidak di langit sehingga hari kiamat.
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak Misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W : 
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

  1. Orang-orang yang mati syahid
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.
p/s : Semoga roh arwah ayahanda tercinta dicucuri Rahmat oleh-NYA..amin~

Kuasa Allah s.wt

Assalamualaikum

Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan 2 laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga & yang satu lagi masin lagi pahit, serta Dia menjadikan antara kedua-duanya laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. 
(Al-Furgan ;53)
Subhanallah..

Putera Idaman =)

Assalamualaikum
Selamat pagi semua ^^
Khas untuk Kaum muslimah yang Ika sayangi 

Wahai Muslimah

 Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG...!

 Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu untuk MENGAJI
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI...!

 Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT
=>Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

 Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA
=>kerana di situ letaknya pintu SYURGA...!

Amin, doa banyak2 semoga kita dapat dipertemukan dengan putera Idaman kita =)



Rahsia Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum
Kawan2 semua entry last sebelum Ika pejam mata Ika ni ^^
Mengenai Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, ada 3 ayat je & diturunkan di Makkah & bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah & cantik.

Ditafsirkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian 2 org yg dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim & bapa saudaranya Abu Talib

Antara khasiat yang boleh kita amalkan :


  • Baca surah ini ketika hujan & berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
  • Ketika kehausan & tiada air, baca surah ini & gosok di leher, Insya-Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ni sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan jadi lembut & khusyuk ketika tunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya & terpenjara membacanya 71x kali, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Selamat malam ^^
renung-renungkan ye kawan-kawan & selamat beramal



Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)