Saturday 21 April 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum
Kawan2 semua entry last sebelum Ika pejam mata Ika ni ^^
Mengenai Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, ada 3 ayat je & diturunkan di Makkah & bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah & cantik.

Ditafsirkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda (SAW) bersedih atas kematian 2 org yg dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim & bapa saudaranya Abu Talib

Antara khasiat yang boleh kita amalkan :


  • Baca surah ini ketika hujan & berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
  • Ketika kehausan & tiada air, baca surah ini & gosok di leher, Insya-Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ni sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan jadi lembut & khusyuk ketika tunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya & terpenjara membacanya 71x kali, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Selamat malam ^^
renung-renungkan ye kawan-kawan & selamat beramal



No comments:

Post a Comment

time kaseh kawan-kawan ika yang baek hati =D

Semua di atas Hak Milik Cik Ika =)